Wednesday, April 13, 2011

Cerita-cerita

Ok ni sebenarnya,kisah dia begini.

13/4/2011 telah mencatat sejarah....
Hari ini,saya telah membuka blog Kakak Rosmawati,jadi saya tengok dia ada buat kotak untuk kucing,jadi saya pun buat jugak.

Saya nak cari kotak lalu saya pergi ke kedai untuk meminta kotak.orang tu pun bagi.lepas tu,kami nak jalan2.jadi tergendalalah membuat kotak tu.pukul 7.15 baru sampai rumah.Bagi makan EN. Saya pun buatlah kotak tu,akhirnya siap.

Selepas tu bersih kandang EN dulu,baru letak kotak.syok kemain lagi.Saya dan adik tengoklah EN main.

Nota:Mereka berdua kalau tengok benda baru,main gigit2lah,main cakar2lah dan main nyorok2.

Waktu mereka main tu ada seperti di dalam nota di atas.Lepas tu,mereka main macam dalam nota tu lah.Saya apa lagi naik angin la!Ambil saya kotak tu keluar dari kandang,dapat juga.

Nota:Saya buat pintu dan tingkap tak di gunting habis2,jadi ada lebih.

Saya pun buang yang lebih2 tu.Lepas tu,letak dalam kandang balik.

Nota:Saya letak dalam kandang balik sebab nak tengok mereka main gigit2,cakar2 dan main nyorok2 tak.

Lepas letak dalam kandang,mula lagi perangai tadi.masih tidak berubah2 jugak.Saya tengok sajalah...Mereka berdua makin teruk main,saya pun makin naik angin.Saya ambil Nemo sebab dia takut dan selalu naik atas kotak.Saya pun ambil Nemo.

Saya belai dia,cakap dengan dia macam ni:

"Peduli dengan mata bulat tu,dia memang macam tu."

Waktu tu Elmo main gigit2,main cakar2 sorang2.Lepas tu saya cakap lagi dengan Nemo macamni:

"Nemo,kenapa mata bulat macam tu?

Waktu tu,Elmo jealous tengok saya main2 dengan Nemo.Saya pun letak Nemo balik.Kotak masih berada di dalam kandang.Saya biarkan sebab saya nak mandi.Saya mandi cepat2.Lepas mandi siap apa semua,pergi jumpa EN,whooo,makin teruk.

Saya ambil kotak tu dan beri minum air sebab dah tumpah waktu main....

Nota:Kotak tu sekarang sedang berada di atas kandang.

Nota kakitanganku:Tak nak bagi kotak lagi....Menyesal saya bagi.Biar lah korang berdua tidur dalam kandang saja.=))







Like ? Just click the button :D

No comments: