Sunday, May 01, 2011

Kucing Terbiar/Stray Cats

Nota:Kalau anda baca entry ini sila baca dari bawah.Yang gambar ni anda boleh tengok,tapi pelik rupa sebab cerita dulu baru layan gambar,harap maklum.


Berdiri kejap.

Tengok ekor saya kembang tak?Moja lawan ngan ekor awak,siapa lebih kembang lagi?

Jalan2 cari makan.

Baring jap.Tak ada benda yang nak dimakan.(sepupu saya cakap kalau dia boring macam ni lah dia.)

Cari makan lagi.

Mari selonkar kotak ini.

Ambil gambar dari tingkap.

Nota:Sorry,gambar kecil sebab ini bukan telefon mak saya yang selalu Afiqah pakai untuk ambil gambar,ini telefon ayah saya.Nak tahu jenama apa?Jenama CSL.Made ini Malaysia.(scroll bawah lagi untuk menyambung cerita)



Kucing Terbiar atau dalam bahasa inggerisnya stray cats ialah kucing yang tidak bertuan yang tinggal di tepi jalan.Terutamanya,kawasan gerai makan.Jika anda berasa tidak sampai hati melihat kucing itu,bawalah ia ke rumah jika anda mampu.Sudahlah,Afiqah bukannya nak cakap pasal tu,tapi Afiqah nak cerita pasal Kucing Terbiar yang Afiqah main semalam.

Lokasi:Rumah nenek.

Ceritanya macamni.

Semalam pergi rumah nenek.Sepupu saya pun ada kat rumah.Jadi saya,sepupu saya dan adik main2.Lepastu sepupu saya cakap macamni,

Aiman:Kita cari kucing nak?
Saya lah:Nak nak!
Aiman:Jomlah.
Saya lah:Jom!(excited)

Operasi mencari dijalankan.Cari sana cari sini.Tak jumpa2.Akhirnya putus asa,tiba-tiba dengar bunyi miaw-miaw.Pergi lah ke tempat tu.Tapi kucing tu tak nampak.Akhirnya kami masuk rumah.Lepastu duduk depan pintu atas kerusi.Tiba2,waktu saya tengok kat luar,saya tengok kucing.

Lalu saya cakap macamni dengan sepupu saya.

Saya lah:Abang2(because he older than me,he is in primary 6)
Aiman:Apa?
Saya lah:Kucing2.
Aiman:Mana2.
Saya lah:Tu.Bawah kereta tu.
Aiman:Jom lah kita pergi.
Saya lah:Jom.

Lepastu cepat2 pergi keluar takut dia lari.Best main ngan dia.Dia suka gesel kepala dia dekat apa2 benda,saya pun digeselnya.(saya ada update dalam facebook) Mulut dia tak henti2.Nak makan,tapi takde benda yang nak di bagi.Jadi,waktu main,dia makan rumput,kesian dia.Jom kita layan gambar dia.(scroll atas,tengok lah gambar dia)

Dah tengok?Mari kita sambung cerita.

Dia ni perempuan,tak ada nama.And satu lagi saya nak cakap.dia ni tak boleh ambil gambar dekat2 because dia ni jalan2 je.Sebab tu ambil gambar dari jauh. Kucing ni,ada orang punya,orang depan rumah nenek saya.Tapi,dia tak layan.Sepupu saya cakap dia ni 'pengembara' patut ke dia cakap macam tu?Akhirnya,kami dah puas main kami masuk dalam rumah dan gambar yang terakhir ialah gambar yang diambil dari tingkap tu.

Nota kakitanganku:Selamat Hari Pekerja.=)).


Like ? Just click the button :D

No comments: